SAN JOSE, Calif., Jan. 11, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan Klien Zoom Meeting versi 5.6.6 telah menjadi klien komunikasi video pertama yang memperoleh perakuan untuk Jaminan Penilaian Kriteria Umum Tahap 2 (v3.1 sem. 5), yang dikeluarkan oleh Pejabat Persekutuan untuk Keselamatan Maklumat Jerman (BSI).
Kriteria Umum (Common Criteria) merupakan standard antarabangsa untuk menilai secara objektif terhadap sesuatu produk IT yang memenuhi set keperluan keselamatan yang ditakrifkan. Penilaian itu melibatkan usaha menganalisis set sasaran keselamatan khusus, termasuk dokumentasi panduan, reka bentuk seni bina, aspek kitaran hayat, ujian dan penilaian kerentanan. Klien Zoom Meeting v5.6.6 telah dinilai oleh BSI berdasarkan standard Kriteria Umum (Common Criteria) dan didapati telah menunjukkan rantaian bukti yang jelas di mana proses spesifikasi, pelaksanaan dan penilaian telah dijalankan dengan cara yang ketat dan mematuhi standard.
Diiktiraf bersama di lebih dari 25 negara termasuk UK, AS, Kanada dan Jerman, Kriteria Umum dianggap sebagai penanda aras utama untuk perakuan keselamatan produk IT. Semakin ramai pengguna mengharapkan vendor IT menghasilkan bukti yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan bagi mencapai keupayaan keselamatan siber produk mereka.
"Perakuan Kriteria Umum ini mewakili peristiwa penting untuk Zoom," ujar Jason Lee, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat di Zoom. “Kami adalah klien komunikasi video pertama yang menerima perakuan penting ini, lalu mengukuhkan komitmen kami kepada pelanggan kami. Keselamatan dan privasi adalah asas kepada semua yang kami lakukan dan kami sentiasa menginovasi penyelesaian selamat untuk semua pengguna platform kami."
Pada masa ini, BSI telah memperakui Zoom versi 5.6.6 untuk Windows, macOS, iOS dan Android. Walaupun versi 5.6.6 ialah versi klien Zoom yang tersedia pada masa perakuan, kami sentiasa mengesyorkan pelanggan agar menggunakan versi klien yang terkini untuk memanfaatkan kemas kini dan ciri keselamatan terkini Zoom.
"Perakuan Kriteria Umum ialah penanda aras global dalam keselamatan siber," ulas Sandro Amendola, Ketua Jabatan Keselamatan Rangkaian Penstandardan/Perakuan/Telekomunikasi, BSI. "Klien Zoom menunjukkan standard keselamatan yang tinggi bagi seluruh produknya dan berjaya menyelesaikan salah satu prosedur penilaian yang paling mencabar yang boleh dilakukan oleh syarikat."
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perakuan Kriteria Umum Zoom, sila lawati laman web BSI dan Zoom Trust Center.
Tentang Zoom
Zoom adalah untuk anda. Kami membantu anda mengekspresikan idea, berhubung dengan orang lain, dan membina ke arah masa hadapan yang hanya dihadkan oleh imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami ialah pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan bukan saja selamat untuk individu malah untuk perniagaan kecil dan perusahaan besar yang seumpamanya. Ditubuhkan pada tahun 2011, Zoom diniagakan secara umum (NASDAQ: ZM) dan mempunyai ibu pejabat di San Jose, California. Lawatizoom.com dan ikuti@zoom.
Hubungan Awam Zoom
Matt Nagel
[email protected]